Beauty Garden

Tentang Spa & Ma Maternity Set

0214-12-01

 

Spa & Ma adalah produk terbaru keluaran Beauty Garden Worldwide. Hasil kejayaan dan maklum balas yang sungguh memberansangkan daripada pengguna yang sungguh berpuas hati dengan Jamu Ratu Dara dan Ratu Mirifica Plus serta atas permintaan semua pengguna setia produk keluaran syarikat kami, kini dengan rasa penuh berbesar hati kami di Beauty Garden Worldwide telah menghasilkan Spa & Ma Maternity Set bagi membantu seluruh kaum ibu yang moden untuk melalui fasa berpantang dengan lebih mudah, ringkas dan selesa seperti anda mendapat rawatan khusus di spa. Kami bertungkus lumus telah berusaha untuk mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi dengan harga mampu milik bagi semua. Memenuhi kepuasan dan citarasa pelanggan adalah keutamaan bagi kami dan setiap produk yang terdapat di dalam Spa & Ma Maternity Set adalah terbaik bagi memenuhi kehendak para ibu. Kami menitikberatkan segala aspek dari permulaan pembuatan, pembungkusan sehinggalah produk ini sampai ke tangan pelanggan. Kini lahirnya Spa & Ma Maternity Set yang cukup lengkap dengan 11 produk terpilih yang terbaik di dalam setiap set.

 

0214-15-01

 

 

Kepentingan Berpantang

 

“Rumitnya hendak berpantang” Ini antara keluhan yang sering didengar dari kebanyakan ibu yang baru melahirkan bayi. Jom ubah persepsi anda tentang keburukan berpantang kepada “indahnya tempoh berpantang”. Mengapa? Ini kerana penjagaan selepas bersalin amat penting untuk mempercepatkan proses pemulihan. Kehamilan memerlukan persediaan dari segi fizikal dan emosi malah rawatan dari segi dalaman dan luaran perlu diutamakan. Ternyata proses mengandung dan melahirkan memerlukan tenaga mental dan fizikal yang kuat. Kerosakan saraf dan otot mungkin berlaku dan pasti ianya memakan masa untuk dibetulkan. Apabila berpantang, ibu yang baru melalui proses kelahiran akan melalui satu fasa pemulihan dimana penjagaan yang rapi serta perhatian perlu ditiberatkan di dalam tempoh ini bagi memulihkan kesihatan jasmani dan rohani, pemulihan fizikal seperti bentuk badan dan paras rupa serta pemulihan di bahagian intim wanita khususnya dari aspek hubungan kelamin.

 

0214-14-01

 

 

SPA & MA MATERNITY SET:  RAWATAN TEMPOH BERPANTANG YANG TERBAIK UNTUK MINDA, FIZIKAL & SPIRITUAL

 

Spa & Ma Maternity Set didatangkan dengan tiga gabungan elemen yang penting iaitu minda, fizikal dan spiritual. Bagi kami di Beauty Garden Worldwide, kesihatan dan kecantikan sebenar adalah berpaksi kepada tiga elemen ini. Minda yang tenang tanpa sebarang kecelaruan, badan (fizikal) yang sihat tanpa sebarang keletihan dan juga jiwa (spiritual) yang tenang tanpa sebarang gangguan emosi. Ketiga-tiga elemen ini adalah sangat penting bagi semua ibu yang sedang berpantang dan oleh kerana itulah kami  memastikan supaya kesemua 11 produk yang terdapat di dalam Spa & Ma Maternity Set ini mempunyai kesemua elemen penting tersebut.

Tanpa minda yang tenang, ia akan mendatangkan gangguan emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental ataupun lebih dikenali sebagai meroyan. Selain daripada itu para ibu juga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal seperti payudara yang membengkak mahupun susuk tubuh yang tidak lagi menarik. Tanpa jiwa yang tenteram, gejala kemurungan selepas bersalin juga boleh berlaku. Para ibu yang mengalami perubahan emosi dan gangguan psikologi boleh memberi kesan yang negatif bukan sahaja terhadap diri mereka sendiri tetapi juga kepada bayi yang baru dilahirkan.

 

website bgw6-2-01

 

Kami memastikan elemen minda, fizikal dan spritual ini diterap ke dalam semua produk yang terkandung di dalam Spa & Ma Maternity Set dengan kombinasi aroma yang sungguh mengasyikkan umpama di spa. Aroma yang segar mampu memberi ketenangan kepada sesiapa yang menggunakannya. Seorang ibu perlu sentiasa sihat semasa menjaga bayi mereka serta harus berusaha untuk mengembalikan kesegaran tubuh supaya dapat kembali melakukan aktiviti harian dengan lebih bertenaga. Bagi para ibu yang mengamalkan tradisi berpantang setiap kali selepas melahirkan zuriat pastinya ia dapat memberikan kesan positif yang berpanjangan kepada mereka.

 

0214-13-01