Beauty Garden

Sejarah Jamu Ratu Dara

Ianya bermula pada pertengahan 1970an, di negeri Cik Siti Wan Kembang apabila Allahyarhammah Mariam binti Abdullah (Kak Wan) (1940-2007), nenek kepada suami pengasas, mula mempelajari tradisi perubatan herba dan perubatan tradisonal Melayu.

 

Bertunjangkan celik-akal ilmu herba, bakat dan keramahan personaliti, beliau sering dirujuk oleh kaum hawa tempatan yang mempunyai masalah-masalah berkaitan dalaman wanita. Khidmat beliau merangkumi rawatan pelbagai jenis penyakit menggunakan doa syifa & ayat-ayat suci Al-Quran, rawatan & urutan lepas bersalin dan juga penyediaan akar kayu dan herba untuk meningkatkan kesihatan khususnya wanita.

Kegigihan beliau menterjemahkan ilmu herba kepada produk-akhir (End-product) dikagumi ramai. Ratusan jenis spesimen gabungan akar-kayu (herba) dan rempah-ratus dikeringkan seterusnya diklasifikasi secara manual mengikut kegunaan masing-masing. Doa-doa syifa yang dipelajari dari guru-guru pondok sekitar Kelantan dimanuskrip kemas pada sebuah buku kecil berwarna merah. Kolaborasi spesimen fizikal & syifa spiritual tadi menjadi inspirasi didalam karya ‘Produk-Akhir beliau.

Melihat para-para di pondok herba beliau adalah satu pengalaman yang mengasyikkan. Produk-produk disusun rapi mengikut pengkelasan unsur akhir. Produk akhir berunsur minyak dibotolkan, yang serbuk pula disarung (istilah lama utk kapsul) dan diponjokkan. Bila semua ruang tingkat di para-para penuh, panoramanya indah sekali. Tapi ianya sekejap saja. Ini kerana ada satu lajur tingkat yang sering kosong. Lajur tersebut dilabel ‘Jawi’ sebagai “Akar Kayu Wanita”.

“Akar Kayu Wanita” adalah ramuan terlaris Kak Wan. Saban hari ada saja pelanggan datang  mengosongkan para-para tersebut. “Akar Kayu Wanita, (AKW)” dinilai hebat oleh para kelamin disebabkan keunikan khasiatnya yang bersifat sedikit ‘tabu’ untuk dikongsi gebang pada waktu tersebut. Senang cerita, khasiat Akar Kayu Wanita turut sama dirasai sang suami walaupun sang isteri yang mengamalkannya. Tapi itu bukan satu-satunya khasiat AKW. Istimewanya AKW adalah kerana ianya adalah ‘brainchild’ (gagasan) Kak Wan. Kak Wan mencipta formulasi AKW itu khusus untuk anak sulung beliau Wan Nor’Aini, yang pada ketika itu sedang menanti kelahiran anak pertamanya. Akar Kayu Wanita adalah simbolik kasih sayang Kak Wan kepada penyambung zuriat sulung beliau. Itulah istimewanya!

2

Menceritakan semula cabaran terbesar menghasilkan AKW adalah ‘keseimbangan’. Umum faham bahawa ‘jamu @ herba’ selalunya bersifat ‘panas’. Pengamal baru biasanya alah dgn kepanasan & selalunya bayi pun turut terkesan. Malah pesakit kencing manis dan darah tinggi pun menolak utk mengamal jamu disebabkan krisis penyembuhan dan kepanasan tersebut. Kak Wan faham akan masalah itu. Beliau berpendapat bahawa perkara terpenting dalam rumusan adalah ‘Keseimbangan’. Keseimbangan boleh dicapai apabila mengetahui amaun yg tepat bagi sesuatu herba mengadaptasi dgn baik diantara satu sama lain. Contohnya dalam masakan, tumisan selalunya dibuat menggunakan nisbah 1: 2 utk bawang putih & bawang merah.  Itu lah kaedah Kak Wan. Proses menala-baik utk mencapai keseimbangan dlm AKW berterusan selama hampir 2 tahun. Ini kerana lebih 80 jenis herba & rempah ratus digunakan utk menghasilkan ‘karya Agung” beliau itu.

Sepanjang hayat beliau, lebih 50 ramuan herba untuk perubatan dan pencegahan telah dirumus, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, lelaki, wanita waima kanak-kanak. Alhamdulillah, kaedah ‘Kolaborasi kitab merah & spesimen fizikal’ beliau tidak pernah mengecewakan.

Tanggal 2007, Kak Wan kembali ke Rahmatullah. Legasi agung beliau kini disambung oleh  cucu beliau sejak  tahun 2008  di bawah naungan syarikat Beauty Garden Worldwide . Atas tujuan komersil dan kesesuaian dengan peredaran masa, Akar Kayu Wanita telah  diubah nama sebagai Jamu Ratu Dara. Jamu Ratu Dara yang dilancarkan hampir 5 tahun yang lepas telah berjaya menembusi pasaran luar seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Australia, Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat dan juga Dubai. Sehingga kini, syarikat telah mempunyai lebih dari 3,000 pengedar sah di seluruh Malaysia.

Melalui Jamu Ratu Dara juga, Beauty Garden telah dianugerahkan “Anugerah Emas” selama 4 tahun berturut-turut (2010, 2011, 2012 & 2013) oleh syarikat pengilang GMP. Anugerah Emas adalah pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh syarikat pengilang kepada syarikat pemilik produk, yang berjaya memecahkan rekod pengeluaran tertinggi.

18

Walaupun JRD lahir di zaman TNB masih milik kerajaan dgn nama CEB, di kala rumah kayu tiang dua belas masih popular di kelantan, anak2 kecil hanya tahu permainan wau, gasing, guli dan congkak, televisyen hitam putih dikongsi tonton sekampung bila ada perlawanan tinju Muhammad Ali, basikal tua sebagai kenderaan rasmi warga kerja. JRD menongkah arus pemodenan.

Kini walaupun TNB telah lama diswastakan, rumah batu moden jadi pilihan, anak2 kecil obses dgn permainan digital spt Playstation dan Xbox, TV teknologi CRT sudah diganti dgn LED dan Plasma, Muhammad Ali sudah tenggelam ditepis Lady Gaga & kenderaan berenjin menjadi nadi mobiliti, JRD tetap terselit jitu di sudut hati kaum hawa dan pasangannya.

Setelah hampir 4 dekad Jamu Ratu Dara menemani wanita, formulasi agung wanita hebat bergelar Kak Wan tetap utuh dihati mereka. Insyaallah.