Beauty Garden

Q&A Jamu Ratu Dara

0114-07

0114-41-01

Cara Pengambilan Jamu Ratu Dara

 

Untuk Yang Sudah Berkahwin

  1. Makan 2 kapsul pagi (selepas makan) & 2 kapsul sebelah malam utk 1 minggu yang pertama.
  2. Minggu ke-2 dan seterusnya, makan 2 kapsul setiap hari sehingga datang bulan.
  3. Ketika haid, perlu hentikan pengambilan Jamu Ratu Dara.
  4. Selepas habis haid, ulangi langkah-langkah diatas kembali.

*Pada bila-bila masa sahaja, anda boleh menambah dos kepada maksima 4 kapsul sehari sekiranya anda perlukan ekstra tenaga, ekstra rapat, alami keputihan yg ekstra & perlukan ekstra khasiat-khasiat lain di dalam Jamu Ratu Dara. Badan anda, hanya anda yg tahu

Untuk Ibu Menyusu

  1. Makan 1 biji kapsul selepas makan, selama 3 hari berturut-turut untuk lihat keserasian bayi terhadap herba Jamu Ratu Dara.
  2. Jika bayi anda tidak meragam atau cirit-birit, boleh teruskan pengambilan ke 2 biji kapsul sehari.
  3. Jika bayi anda tidak serasi, sila kurangkan dos ke 1 biji kapsul sehari semula.

**Kebanyakan ibu menyusu yang mengikuti aturan di atas, lazimnya tiada sebarang masalah yang dihadapi oleh bayi mereka, malah diperakui dapat membantu membanyakkan air susu ibu.

Untuk Yang Belum Berkahwin (Gadis)

  1. Makan 1 kapsul pagi (selepas makan) & 1 kapsul sebelah malam utk 1 mggu yg pertama.
  2. Minggu ke-2 dan seterusnya, makan 1 kapsul setiap hari sehingga datang bulan.
  3. Ketika haid, perlu hentikan pengambilan Jamu Ratu Dara.
  4. Selepas habis haid, ulangi langkah-langkah diatas kembali.

**Pada bila-bila masa sahaja, anda boleh menambah dos kepada maksima 4 kapsul sehari sekiranya anda perlukan ekstra tenaga, alami keputihan yg ekstra & perlukan ekstra khasiat-khasiat lain di dalam Jamu Ratu Dara. Badan anda, hanya anda yg tahu.

Untuk Pesakit Darah Tinggi / Diabetes

  1. Makan 1 biji kapsul selepas makan, selama 3 hari berturut-turut untuk lihat keserasian badan anda terhadap herba Jamu Ratu Dara.
  2. Jika badan anda tidak menunjukan sebarang alahan, boleh tambahkan dos kepada 2 biji kapsul setiap hari. Dos maksima untuk anda adalah 2 biji kapsul setiap hari sahaja.

 

Tips dan larangan

 

Tips Pengambilan:

 

Larangan:

Wanita mengandung TIDAK DIBENARKAN makan Jamu Ratu Dara. Sila hentikan pengambilan Jamu Ratu Dara ketika haid untuk berikan tubuh anda masa untuk rehat dari pengambilan Jamu Ratu Dara. Boleh sambung semula selepas habis haid.

 

 

 

Soalan Lazim Mengenai Jamu Ratu Dara

 

S: Mengapakah saya mengalami rasa pening, mengantuk, mual, berdenyut di payudara dan ari-ari dan keluar keputihan yang sangat banyak selepas cuba Jamu Ratu Dara?
J: Jika anda mengalami pening2, mengantuk, rasa mual, payudara dan ari-ari rasa berdenyut, keluar keputihan yg banyak pada awal pengambilan, itu adalah normal dan merupakan tindak balas dari herba dalam Jamu Ratu Dara (JRD). Segala tindak balas adalah bergantung kepada antibodi dan ketahanan badan masing-masing. Setiap tindakbalas ini juga berbeza diantara setiap individu. Tindakbalas ini hanyalah sementara dan akan apabila proses detox selesai nanti.

S: Boleh terangkan apa punca pening kepala, mengantuk dan keluar keputihan/ketulan darah yang agak banyak? Adakah ia merupakan tindak balas awal yang berlaku selepas saya mula mengamalkan Jamu Ratu Dara?
J: Ya, apa yang berlaku adalah proses tindak balas awal di sebabkan proses detox atau nyah-toksin oleh herba Jamu Ratu Dara terhadap tubuh anda. Berikut adalah penerangan yang lebih terperinci untuk info anda :

i)              Pening kepala.
Pening kepala terjadi disebabkan oleh metabolisme di dalam badan yang rendah dan proses ini membantu meningkatkatkan kembali metabolisme badan. Untuk mengatasi masalah tersebut minum banyak air kosong. Sekurang-kurangnya minima 8 gelas satu hari sehingga ke 2 liter sehari. Lagi banyak anda minum, lagi bagus untuk tubuh anda.

ii)             Mengantuk atau penat di peringkat awal pegambilan Jamu Ratu Dara.
Ia adalah tindak-balas pemulihan dan berlaku hanya sementara sahaja. Itu adalah tanda banyak toksin didalam badan. Ini kerana tahap kolesterol di dalam badan terlalu tinggi dan toksin yg banyak di dalam badan. Proses penurunan kolesterol dan penyingkiran toksin akan menyebabkan tindak balas ini berlaku untuk beberapa hari sahaja. Insya’Allah anda akan kembali normal dan segar selepas itu.

iii)            Keluar keputihan yang banyak.
Itu adalah normal.Teruskan makan Jamu Ratu Dara. Ianya adalah sebahagian dari proses pemulihan. Selepas seminggu (mungkin lebih lama) keadaan akan pulih seperti biasa bergantung kepada tahap dan serius mana keputihan yang dialami oleh individu tersebut. Tempoh yang diambil untuk menghilangkan keputihan iniadalah berbeza bagi setiap individu. Pengambilan yang konsisten akan dapat menghilangkan terus keputihan dan juga bau yang tidak menyenangkan.

iv)          Sakit atau rasa berdenyut di bahagian ari-ari dan payudara.
Sakit  di bahagian ari-ari atau payudara adalah normal dan ia cuma sementara kerana dalam proses membaik pulih kan rahim dan payudara tersebut. Untuk bahagian ari-ari  ini , ia adalah kerana rahim anda tidak berapa sihat. Mungkin ada masalah dalaman. Jika rahim tidak sihat, muka pun kurang berseri.

S : Semasa pengambilan Jamu Ratu Dara, bolehkah seseorang itu mengambil makanan tambahan, vitamin, pil perancang atau lain-lain supplement?
J : Jamu Ratu Dara di buat 100% daripada herba-herba terpilih yang berkhasiat dalam proses penyembuhan dan kesegaran tubuh badan. Tiada sebarang masalah tetapi di nasihatkan untuk menjarakkan masa pengambilan antara ubat-ubatan lain itu sekurang-kurangnya 2 jam – 4 jam.

S : Siapakah yang DI LARANG untuk makan dan mengamalkan Jamu Ratu Dara ini?
J : Ibu yang mengandung DI LARANG makan Jamu Ratu Dara.

S: Adakah boleh mengamalkan Jamu Ratu Dara selepas bersalin normal / bersalin secara pembedahan?
J : Bagi ibu yang baru melahirkan anak sama ada secara normal atau pembedahan boleh mengambil Jamu Ratu Dara pada hari ke-20 dalam pantang. Jamu Ratu Dara dapat mengembalikan tenaga, menegangkan kembali otot-otot dalaman, menyembuh luka bersalin, memulihkan dalaman dan menyempitkan lagi faraj dan boleh mengecutkan rahim.

S : Jamu Ratu Dara panas tak? Boleh membantu mendapatkan zuriat?
J : Jamu Ratu Dara tidak panas. Insya-Allah boleh membantu menyuburkan rahim dan membantu untuk menambahkan kesempurnaan hubungan suami isteri. Ramai pengguna Jamu Ratu Dara sudah berjaya mengandung. Tetapi kami tidak menjanjikan  makan sebotol dua, anda terus mengandung ya. Usaha, doa, tawakal dan yakin untuk hasil yang lebih baik.

S : Ibu menyusu boleh makan Jamu Ratu Dara tak?
J : Ibu menyusu boleh makan Jamu Ratu Dara. Berikut adalah cara pengambilan yang di sarankan bagi ibu menyusu badan :

1. Makan 1 biji kapsul selepas makan, selama 3 hari berturut-turut untuk lihat keserasian bayi terhadap herba Jamu Ratu Dara.
2. Jika bayi anda tidak meragam atau cirit-birit, boleh teruskan pengambilan ke 2 biji kapsul sehari.
3. Jika bayi anda tidak serasi, sila kurangkan dos ke 1 biji kapsul sehari semula.

**Kebanyakan ibu menyusu yang mengikuti aturan di atas, lazimnya tiada sebarang masalah yang dihadapi oleh bayi mereka, malah diperakui dapat membantu membanyakan air susu ibu.

S : Adakah Jamu Ratu Dara boleh membantu melancarkan sistem kitaran haid yang tidak teratur?
J : Salah satu khasiat Jamu Ratu Dara adalah membetulkan sistem kitaran haid bagi yang mengalami masalah haid tidak teratur. Alhamdullillah ramai yg telah dapat mengatasinya.

S : Mengapa setelah mengambil Jamu Ratu Dara, darah haid saya keluar dengan banyak dari biasa?
J : Itu adalah tindak-balas positif kerana ia melancarkan pengaliran darah haid anda. Darah haid memang perlu di keluarkan dengan kadar yang sepatut nya agar tidak tertinggal didalam rahim. Jika haid tidak lawas dan keluar sedikit sahaja di khuatiri kelak akan menimbulkan masalah rahim dimasa akan datang.

S : Wanita yang belum berkahwin( gadis) boleh mengamalkan Jamu Ratu Dara tak?
J : Boleh. Jika anak dara dan belum berkahwin, memadai dengan sebiji ke dua biji sehari sahaja. (Pengambilan jamu perlu di amalkan secara berpanjangan. Bermula dari anak dara sehinggalah melangkah ke fasa perkahwinan dan seterusnya memasuki alam keluarga dan bekeluarga)

S:Adakah Jamu Ratu Dara boleh menguruskan badan?
J : Jamu Ratu Dara BUKAN produk utk menguruskan badan. Ia merupakan produk herba yang khusus utk kesihatan dalaman wanita. Tetapi Jamu Ratu Dara sangat berkesan untuk melawaskan pembuangan. Sedikit sebanyak mungkin boleh membantu untuk mengurangkan berat badan. Kurangkan makanan berminyak dan berlemak. Wajibkan pengambilan air masak yang banyak.

S : Sejauh mana Jamu Ratu Dara boleh membantu hubungan intim suami isteri?
J : Ini adalah terbukti dan telah ramai yang berpuas hati. Para isteri yang mempunyai masalah semasa melakukan hubungan intim pasti akan dapat menghangatkan kembali hubungan bersama suami.

**Tips – Amalkan memakan Jamu Ratu Dara 2 biji pagi dan 2 biji malam. Cuti dari bersama suami selama 3-5 hari. Selepas tempoh bercuti dan berpantang selama 3-5 hari tamat,  cuba bersama dengan suami anda. Pasti akan rasa perbezaanya! Hangat seperti malam pertama..

PERINGATAN – Tindak-balas dan testimoni adalah berbeza-beza mengikut individu dan keserasian badan masing-masing. Jika anda tidak biasa / tidak pernah makan jamu, mulakan dgn dos yang sedikit dahulu supaya badan anda tidak terkejut dengan tindak balas herba ini. Badan anda, anda yang tahu...