Beauty Garden

MH 370 : Bertindak positif dalam menghadapi ketentuan

Assalamualaikan pembaca yang dihormati sekalian. Semoga sentiasa diiring bersama restu Ilahi.

Mengungkap tragedi MH370 pastinya kita semua membayangkan perasaan ahli keluarga anak kapal dan penumpang yang ada dalam kapal tersebut. Sesiapa juga akan merasai perasaan yang sama apabila berdepan situasi begini yang jarang-jarang berlaku. Teringat saya ketika mendengar satu  slot perbincangan mengenai kehilangan kapal terbang ini di televisyen. Salah seorang isteri kepada penumpang MH370 menjawab pertanyaan anaknya tentang kehilangan suaminya dengan penuh berhemah. Apabila anaknya bertanya samada mereka masih boleh berjumpa ayah mereka maka, si ibu menjawab mereka masih boleh berjumpa dengan ayah mereka di syurga kelak apabila mereka berterusan melakukan kebaikan dan tidak meninggalkan solat. Subahanallah, sebak sekali mendengar jawapan si ibu kerana tidak semua orang akan tabah apabila diuji dengan dugaan sebegitu berat.  Saya sebagai seorang ibu juga tidak dapat membayangkan apakah yang akan terjadi kepada saya jika diuji dengan kehilangan ahli keluarga yang saya sayangi tambahan pula dengan cara begitu. Hilang tanpa dikesan.  Oleh itu kita yang tidak merasai perkara sebegini haruslah bertindak professional dalam membantu mengawal perasaan mereka ini.  Seharusnya, elakkan memuatnaik status-status berunsur negatif di laman sosial seperti   facebook, instagram, twitter dan blog. Janganlah kita menyebarkan perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan ahli keluarga ini. walaupun tidak banyak sekurangnya sedikit kita dapat membantu mereka yang  berada di dalam kesusahan. Semoga kita semua mendapat iktibar daripada apa yang telah berlaku.

Salam Sayang

Puan Aireen Mohd

Pengasas,

BEAUTY GARDEN WORLDWIDE