Beauty Garden

Beauty Garden Worldwide

Jamu Ratu Dara yang dilancarkan hampir 5 tahun yang lepas telah berjaya menembusi pasaran luar seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Australia, Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat dan juga Dubai. Sehingga kini, syarikat telah mempunyai lebih dari 3,000 pengedar sah di seluruh Malaysia.

Melalui Jamu Ratu Dara juga, Beauty Garden telah dianugerahkan “Anugerah Emas” selama 4 tahun berturut-turut (2010, 2011, 2012 & 2013) oleh syarikat pengilang GMP. Anugerah Emas adalah pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh syarikat pengilang kepada syarikat pemilik produk, yang berjaya memecahkan rekod pengeluaran tertinggi.

Kini  Beauty Garden semakin mampan menuju ke hadapan. Visi kami ialah menjadikan syarikat sebagai pengeluar produk herba yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Selaras dengan visi, Beauty Garden kini proaktif melakukan R&D untuk pengeluaran produk-produk terbaru yang hebat dan berdaya saing tinggi di pasaran. Produk kedua Beauty Garden iaitu  Ratu Mirifica Plus, telahpun dilancarkan berikutan permintaan tinggi dari orang ramai.

Usaha yang gigih tanpa mengenal jemu, sentiasa berusaha untuk memastikan hanya yang berkualiti dan  terbaik di berikan kepada semua adalah menjadi pegangan kepada Beauty Garden Worldwide supaya syarikat lebih maju dan lebih berdaya-saing agar dapat membantu dan juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan yang lain.

 

logosahbaru-01